BBQ start pukul 6.30pm. Hidupkan api pakai charcoal beli kat Giant. Tapi babah lupa nak beli starter so terkial-kial la nak hidupkan api. Siap kena pakai dapur gas lagi bakar charcoal tu. Kira main tipu la.
Lepas maghrib api dah elok naik dan start la bakar-bakar. Dimulakan dengan ikan ciksu bawak. Ikan semua masuk foil. Ikan merah besar gile dengan ikan talapia. Ikan kembung pun ada. I don't eat talapia so makan ikan merah je la. Mami ni kadang2 yang talapia goreng cili tu boleh makan jugak. Kadang2 bila makan rasa lumpur tu yang lepas tu tak nak makan dah tu. Errkk
Lepas ikan, bakar ayam, udang, ketam, kentang. Kebetulan pulak jiran sebelah rumah tengah pindah masuk. Angkat barang dengan lori. So sebagai tanda perkenalan hulurkan lah 2 ekor ikan haha. Tak sempat nak say hye hye. Senyum-senyum je. Nampak mcm family jugak. Hope they are nice macam jiran sebelum ni.
Lepas bakar-bakar semua masuk makan dalam rumah. Makan bersila. mami masak tomyam sikit nak bagi ada kuah tak la kering sangat. Boleh pulak terlupa nak buat sos apa-apa so sapa nak sos sila makan cilisos maggi aje.
Pukul 12 dah ngantuk +letih + kenyang. Masuk tidur dengan barang tak kemas pun kat depan rumah. Itulah nikmatnya bbq hari cuti. Esok paginya baru bangun kemas sebelum keluar beli breakfast nasi lemak. Aman betul lah rasanya. Nak cuti hari-hari boleh tak ???
0 like this post:
Post a Comment